08 April 2011

^^SaJak bt ...^^




Sekiranya,

Kita Cintakan Kepada Manusia,
Tak Semestinya Manusia Cinta Kepada Kita,
Tetapi Sekiranya,
Kita Cinta Kepada Allah,
Nescaya Cinta Allah Tiada Penghujungnya.

Sekiranya,

Kita Cinta Kepada Manusia,
Kita Akan Cemburu Kepada Orang Yang Mencintai Orang Yang Kita Cintai,
Tetapi Sekiranya,
Kita Cinta Kepada Allah,
Kita Akan Turut Mencintai Orang Yang,
Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Juga.
Ya Allah,
Andainya Dia Adalah Jodoh,
Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,

Maka,
Campakkanlah Ke Dalam Hatiku,
Cinta Kepadanya Adalah Kerana-Mu,
Dan Campakkanlah Ke Dalam Hatinya,
Cinta Kepadaku Adalah Kerana-Mu,

Namun,
Andainya Dia Bukanlah Jodoh Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,
Berikanlah Aku Kekuatan Agar Pasrah,
Dalam Mengharungi Ujian,
Yang Kau Berikan Kepadaku.

Aminah Qutb




06 April 2011

""...CinTa ForEvEr...""


Bahayanya cinta sebelum berkahwin

Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu

Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan aku daripada-Nya

Hati akan terseksa dengan barah rindu

Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah san terhina di bawah jajahan syaitan

Cintai lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat

Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jka benar-benar mabuk cinta

Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan

Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku

Jika dia dan aku Berjaya melangkah kea lam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Nauzubillah…!!

p/s:

Berusahalah untuk mendapatkan cinta ALLAH dan RASULULLAH sebelum engkau mencintainya..

Pernikahaan adalah sesuatu yang sangat digalakkan untuk menghalalkan pergaulan antara k.Adam dan k.Hawa

Kenapa perlu merosakkan hubungan yang diredhai dengan memulakannya melalui hubungan yang tidak diredhai???

Jika hendak bercinta, jumpalah ibu dan ayahnya. tetapi, jika tidak berani, sudah menampakkan anda(k.adam) tidak bersedia. So?? kenapa perlu bercinta??


* hanya sekadar perkongsian kepada yang membaca blog ini..