25 Februari 2011

DuHai hATi....

"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging, bilamana dia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahulah itulah hati."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sumber kehidupan kita yang asal inilah yang wajib dipelihara dan dijaga supaya sumber tersebut sentiasa bersih pada pandangan Allah SWT. Hati merupakan amanah daripada Allah SWT yang wajib dijaga dengan apa cara sekalipun. Selagi ada upaya, selagi itu lah kita berusaha untuk menjaganya.

Menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sememangnya berat apatah lagi kewujudan dua musuh yang sangat menginginkan manusia terjebak dan terjatuh dalam lembah kehinaan dan kemurkaan Allah SWT. Dan pastinya ianya adalah nafsu dan syaitan..

Namun bagi para solehin yang telah membulatkan azam dan tekad semata-mata membesarkan Allah SWT lewat kehidupan di dunia yang sementara ini, insya-Allah laluan yang sukar ini pasti akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

"Mereka yang berjihad / bermujahadah (bersungguh-sungguh di jalan kami pasti kami tunjuki (beri hidayah) jalan-jalan kami; sungguh, Allah bersama orang yang berbuat baik."
(Surah Al-'Ankabut: 69)

Setelah Allah SWT memerintahkan manusia memelihara dan membersihkan hati mereka, Allah SWT telah, sedang dan akan melihat dan memantau pula siapa yang sanggup taat melaksanakan perintah-Nya dan siapa pula yang membelakangkan perintah-Nya itu.

Yakinlah bahawa pemantauan dan penilaian Allah SWT itu Maha Halus lagi "detail". Dengan penilaian yang terperinci itu, maka Allah SWT dapat menapis daripada kalangan hamba-hamba-Nya nanti siapakah antara mereka yang benar taat dan pauh kepada-Nya.


Allah SWT berfirman: "Sungguh beruntunglah orang yang sentiasa membersihkan jiwanya dan sungguh merugilah orang yang senantiasa mengoroti jiwanya."

(Surah Asy-Syams: 9)


Bersama-Samalah Kita Menjaga Amanah Yang ALLAH Swt Berikan Kepada Kita. Jangan Salah Guna Amanah Yang Diberikan, Jangan Nanti Menyesal Dikemudian Hari..:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan