Apabila seseorang itu pandai, maka kepandaiannya itu adalah dengan keizinan daripada Allah SWT. Bilamana dia mencapai ketinggian ilmu, maka Allah SWT jugalah yang mengajarkan ilmu itu kepadanya. Ilmu bukanlah diperolehi dengan tiba-tiba atau lahir-lahir saja sudah pandai. Allah SWT telah memberikan ilmu dan kebijaksanaan kepada hamba-hamba-Nya secara” free of charge” tidak perlu dibayar sedangkan ilmu itu sangat tinggi nilai dan harganya.
Ilmu itu merupakan penyuluh kepada kehidupan manusia, pencerah, pencetus kedamaian dunia dan akhirat. Asalnya, manusia serba serbinya adalah jahil, kerdil, lemah dan naif sekali..
Allah SWT menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya :
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."
(Surah An-Nahl: 78)
Allah SWT tidak menagih apa-apa bayaran daripada hamba-hamba-Nya melainkan hanya memerintakan mereka agar sentiasa memuji dan mensyukuri-Nya. Allah SWT dengan sifanya ar-Rahman mengajarkan segala ilmu dan pengetahuan yang mereka hajatkan dengan wasilah qalamnya. Allah mengajar manusia apa-apa yang mereka tidak tahu sebelumnya. Allah menyedarkan sekalian manusia bertapa anugerah ilmu dan kepandaian iu adalah daripada-Nya dalam surah al-'Alaq ayat 4 dan 5:
"Yang mengajar (manusia ) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui."
(Surah Al-'Alaq 96: 4-5)
Hakikat penciptaan dan kejadian inilah yang mesti dipegang teguh oleh manusia agar ia tidak terarah untuk menyombong diri, lupa daratan, membelakangkan Allah SWT, menzalimi sesama manusia, mengejar dunia dan membelakangkan akhirat. Bagaimana manusia bisa jadi sombong sedangkan ilmu yang dititipkan kepada mereka hanyalah seperti titisan-titisan air yang mengalir pada jari mereka saja setelah dicelupkan ke dalam lautan luas??? manusia seharusnya rasa malu, tunduk dan sentiasa bersyukur kepada-Nya..
Ilmu dan kepandaian yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hamba-Nya merupakan satu amanah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Manusia seharusnya memanfaatkan ilmu dengan sebaik-baiknya biar berguna bukan saja kepada diri sendiri, tapi kepada semua dan janganlah pula ilmu yang dimiliki itu dijadikan sebagai alat untuk mencapai kekayaan, meratah kemahsyuran, melonggok jawatan, kuasa dan pengaruh semata-mata kerana itulah yang akan menjatuhkan dan melekakan manusia daripada landasan yang sebenar……
Benarlah sabda Nabi SAW bahawa kekayaan yang dimiliki itu merupakan ujian daripada Allah SWT. Dan dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi yang bermaksud:
“Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan.”
p/s:
Oleh Itu, Janganlah Kita Kedekut Dan Berbangga Dengan Ilmu Yang Dikurniakan Kepadakita, Tetapi Bersyukurlah Dan Menfaatkanlah Ilmu Itu Dengan Sebaik-Baiknya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan