10 Mac 2011

Di tengah letih dia bercanda


Yang menarik berkenaan Rasulullah SAW, adalah baginda bukan pemimpin yang tension, mempunyai muka keruh, mudah hilang sabar dan sebagainya.

Baginda adalah manusia paling tenang dalam dunia. Dia tidak sengaja membengiskan wajah, tidak pula tak fasal-fasal berkeruh muka, hanya kerana dia ketua. Dia adalah paksi kepada ketenangan sahabat-sahabat sekelilingnya.

Ketika membuat persediaan untuk Perang Khandak, sahabat-sahabat menggali parit dalam keadaan kelaparan. Mereka mengikat perut mereka dengan batu bagi mengempiskan perut mereka agar angin tidak masuk, agar kurang rasa laparnya.

Namun, sampai satu ketika, mereka rasa tidak tahan. Mereka bertemu dengan Rasulullah SAW yang juga bersama mereka menggali parit. Mereka tidak mengadu dengan mulut, namun sekadar tersenyum dan mengangkat baju mereka, menunjukkan perut mereka yang diikat dengan batu tanda sangat lapar.

Rasulullah SAW ketika itu tersenyum. Lantas baginda pun mengangkat bajunya, menunjukkan perut baginda yang diikat juga dengan batu, bukan satu, tapi dua batu. Tanda baginda lebih lapar lagi. Sahabat-sahabat tidak berkata apa-apa, terus menurunkan baju mereka dan menyambung kerja. Rasulullah lebih lapar lagi dari mereka.

Baginda tidak mengungkit dengan kata-kata yang kasar ketika itu.Tak kata pun: “Eh, aku pun lapar jugak. Aku dah la nabi. Korang ni baru lapar sikit, bising. Mengada-ngada”
Baginda tenang. Tersenyum walau susah. Berhikmah walau susah.

Lihatlah bertapa mulianya sifat Rasulullah.. yang tidak merunggut dengan ujian yang ditimpahkan pada Beliau..

P/s :

Bersabar atas ujian yang ditimpahkan adalah yang terbaik dan pastinya tiap ujian yang datang itu adalah yang terbaik untuk kita..

Kepada yang tersinggah atau terbaca blog ini akan mendapat manfaat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan