Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam.
Oh hati yang luka!! Jiwa ini masih lagi nakal-nakal dan nafsu yang belum matang ini masih terasa amat berat untuk mencetuskan sebuah kemaafan. Sedangkan memberikan kemaafan itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan bagi melaksanakan perintah Allah SWT. Malah, ia juga merupakan antara sunnah Rasulullah saw yang sangat dianjurkan.
Kebanyakan manusia majoritinya lebih suka menyimpan dendam dan suka memutuskan hubungan siraturrahim kerana keputusan untuk memberikan kemaafan kepada seseorang itu dikatakan tidak “macho” atau dianggap kalah didalam apa jua keadaan. Dan lebih teruk lagi, andaian "tidak mahu memaafkan" itu diteruskan atau diwarisi oleh anak-anak dan cucu-cucu tanpa mengetahui permasalahan sebenar.
Kita mahu dan bersyukur jika Allah SWT memaafkan dan mengampunkan segala dosa-dosa dan kesilapan kita. Kita suka orang lain memaafkan kesalahan kita tetapi, kita pula bagaimana?? Hendak memaafkan kekhilafan dan keterlanjuran orang lain terhadap diri kita amat berat sekali. Hinggakan perasaan benci, dendam itu berlarutan dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, sehari ke sehari tanpa kita sedari, kita berada dalam murka Allah SWT dan laknat sekalian makhluk.
Peringatan daripada Imam Ibnul Qayyim:'' wahai anak adam, antara kamu dengan Allah ada (kedapatan) dosa-dosa yang tidak diketahui keadaan dan jumlah sebenarnya melainkan Allah SWT. Pastinya kamu sangat suka dan amat gembira andainya Allah SWT mengampuninya."
Kalau benar kamu suka Allah SWT mengampunkan dirimu, maka berikanlah keampunan kepada hamba-hambaNya. Kalau kamu suka Allah SWT memaafkan dosa-dosamu itu, maka berikanlah juga kemaafan kepada hamba-hambaNya. Kurnia dan ganjaran Allah SWT ke atas hamba-hambaNya adalah menuruti jenis kebaikan(amalan) yang kita lakukan sesama manusia."
Pada setiap malam, sebelum melabuhkan diri di kamar tidur, berbuatlah sesuatu yang boleh mengundang rahmat, kasih sayang, dan keampunan Allah SWT ke atas diri kita. Boleh jadi, mata kita akan terpejam buat selama-lamanya.
Berusahalah pada setiap malam untuk melapangkan minda dan jiwa kita dengan memberi kemaafan dengan mengungkapkan: "Ya Allah Ya Tuhanku, mana-mana hambaMu, baik lelaki mahupun perempuan yang menyayangi diriku dan berdoakan untuk keselamatanku, maka bimbing dan pimpinlah ia ke Jannatul Firdaus-Mu yang tinggi dan mana-mana hambaMu, baik lelaki mahupun perempuan yang pernah menzalimi, mengumpat atau menfitnah diriku atau mengatakan sesuatu yang tidak ada pada diriku, maka dengan lapang dada sepenuh redha memberikan kemaafan ke atas mereka setulusnya dan ku serahkan segalanya pada-Mu Ya Allah SWT."
Seandainya esok masih ada, insya-Allah, barakah memberikan sebuah kemaafan pada malam tadi akan dibalas Allah SWT secara tunai buat dirimu berupa kebahagian dan ketenangan jiwa yang tidak dapat digambarkan.
kama tudi-nu tudan (sebagaimana yang kamu lakukan, begitulah kamu akan dibalas.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan